LOVE!!!

peringatan buat gadis




gadis..
kejelitaan itu sebenarnya,
AnugerahNya cuma,
akan pudar dibawa arus usia,
tetapi jelitanya budi kekal abadi,
Allah rahmati,insan memuji.

gadis,
semestinya kau menghias dirimu,
dgn ilmu ,iman,sopan dan kesederhanaan,
pertahankan mahligai malumu,
gilapkan mutiara bicaramu,
perindahkan nilai akhlakmu,
lindungi yang terlarang dari tatapan,
nescaya bersinarlah keanggunan

gadis,
usah kau tawan lelaki dengan wajah,
kerana kau bakal ditinggal menjelang tua,
usah kau tawan lelaki dengan berahi,
kerana kau bakal ditipu dengan sekuntum janji,
tetapi kau tawan lelaki,
dengan kehalusan budi pekerti,berbahagialah kau sampai ke mati..

inshaAllah..amin.